Sunday, June 22, 2008

12,000 kambing bermutu tinggi daripada baka ‘Boer’ bagi pasaran tempatan dan eksport


CHUKAI: Kerajaan Terengganu bercadang mengeluarkan 12,000 kambing bermutu tinggi daripada baka ‘Boer’ bagi pasaran tempatan dan eksport menjelang tahun depan.

Sehingga Jun 2007, 5,200 kambing daripada baka itu diternak di Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd (LRTSB) dan beberapa ladang lain di negeri ini bagi pasaran tempatan untuk tujuan sembelihan dan baka.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Wilayah negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee, berkata kerajaan negeri memberi tumpuan khusus terhadap ternakan kambing baka itu yang dianggap terbaik dan mampu mencecah nilai RM8,000 seekor.

Beliau berkata, sehingga akhir tahun 2007, kerajaan negeri mensasarkan untuk menghasilkan 7,200 ekor kambing baka yang sama, manakala 12,000 ekor tahun depan sempena Hari Peladang dan Penternak peringkat kebangsaan 2008 yang akan diadakan di negeri ini.

Katanya, bagi mencapai hasrat itu, kerajaan negeri dengan kerjasama Kerajaan Pusat giat melatih usahawan dan penternak muda termasuk siswazah.

"Kerajaan negeri kini sedang berusaha mempertingkatkan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air ke semua ladang ternakan seluruh negeri di samping membaiki sebarang kelemahan yang sedia ada," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Lelongan Ternakan LRTSB di LRT Livestock, Bandar Ceneh Baru, pada Jun 2007.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan Terengganu (JPHT), Dr Azizol Mohd Sharom dan Pengerusi LRTSB, Alias Abdullah.

Kira-kira 1,000 ternakan bernilai hampir RM1.5 juta dilelong membabitkan ternakan LRT Livestock, Perfect Agro Sdn Bhd dari Selangor, JPHT dan orang perseorangan dengan harga lelongan seekor lembu dan kambing bermula RM500, manakala kerbau RM1,800.

Mohd Jidin berkata, usaha mengadakan karnival lelongan dilakukan LRTSB yang turut mendapat kerjasama pelbagai agensi awam dan swasta berjaya membuka era baru pada sektor pertanian dan ternakan di negara ini.

Beliau berkata, karnival terbesar pernah diadakan di negara ini dan pertama kali di negeri ini adalah pendekatan terbaik bagi memasarkan produk ternakan dari seluruh negeri dan ia akan dijadikan program tahunan LRTSB.

Mengenai penyakit kuku dan mulut katanya, kerajaan negeri amat bertegas dengan wabak itu dan JPHT sentiasa menjalankan pemantauan di semua ladang ternakan di seluruh negeri.

"Hingga kini tiada kes dilaporkan dan keluaran daging negeri ini bermutu tinggi serta bebas daripada wabak itu," katanya.

Sementara itu, Pengerusi LRTSB, Alias Abdullah, berkata syarikat peladangan itu kini menternak lembu daripada baka Brahman Cross, Droughtmaster, Yellow Cattle dan KK Cross di ladang seluruh negeri.

Beliau berkata, antara baka kambing yang dipelihara ialah Jamnapari dan Boer Kacukan serta Fullblood, Katjang dan tempatan melalui kaedah kacukan.

"LRTSB juga merancang mengeluarkan sehingga 3,000 lembu, 7,000 kambing dan 1,000 kerbau setahun bagi memenuhi keperluan tempatan selain membekalkan baka terbaik kepada penternak," katanya.

Katanya, sehingga 2010, LRTSB merancang meluaskan kawasan penanaman kelapa sawitnya kepada 50,000 hektar dan kawasan itu juga mampu menternak sehingga 10,000 ekor lembu dan 15,000 kambing setahun.

FAKTA:

Projek ternakan kambing baka boer
12,000 - Sasaran kambing baka Boer menjelang 2008
5,200 - Jumlah sehingga Jun
RM8,000 - Nilai seekor.

Sumber: Berita Harian 24 Jun 2007


[+/-] Read More...

Penternakan Kambing Boer Berpotensi Besar


Perkhidmatan Kertas Kerja Pinjaman dan Percukaian


Industri penternakan kambing dijangka berkembang pesat di Malaysia dengan pertumbuhan pada kadar 6.7% setahun untuk tempoh dari 2006 hingga 2010. Minat pengusaha menternak kambing juga semakin berkembang berikutan dasar kerajaan yang menggalakkan pertumbuhan ternakan kambing ini.Polisi Pengeluaran Kambing Kebangsaan mensasarkan pengeluaran 4.96 juta ekor dengan 1.99 juta untuk penternakan kambing menjelang 2015.

Tiga jenis kambing yang pada masa ini diternak di Malaysia ialah dari jenis baka daging, tenusu dan bulu. Kini, kambing boer semakin menjadi pillihan penternak kerana mutu dagingnya yang tinggi dan mudah untuk diternak. Kambing boer mula berada di negara ini selepas dibawa oleh Mardi pada tahun 2001 dari Afrika Selatan. Kini, banyak kambing boer yang dibawa ke negara ini diimport dari Australia.

Kambing Boer berasal dari Afrika Selatan, tetapi kini mengalami proses kembang biak dengan pesat dan terancang di beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand. Kambing Boer tulen mampu meningkat berat badan sehingga 200 gm sehari dan mampu mencapai berat matang sehingga 130 kilogram. Peratus karkas yang tinggi sehingga mencapai 50 % dari berat hidup menjadikannya sebagai baka kambing pedaging yang terbaik buat masa ini. Selain faktor di atas, kemampuannya menyesuaikan diri dengan cuaca setempat dalam tempoh yang singkat serta kebolehannya dikacukan dengan pelbagai baka kambing betina yang lain telah menjadikan ianya sebagai pilihan untuk dibiak.

Harga RM1,800.00 - RM2,000.00 seekor

Stok yang ada 30 ekor 80% bunting


Mempunyai lebih banyak daging kerana tulangnya lebih nipis berbanding kambing lain. Daging lebih bermutu, tinggi khasiat, rendah kalori, kolesterol dan kaya dengan protein. Kambing boer paling bagus dari segi daging berbanding baka jamnapari anglo nubian, alphine dan beratus ratus baka yang lain. Tahan lasak kepada pelbagai jenis penyakit dan boleh menyesuaikan diri dari sebarang bentuk persekitaran dan cuaca.

[+/-] Read More...