Sunday, June 22, 2008

12,000 kambing bermutu tinggi daripada baka ‘Boer’ bagi pasaran tempatan dan eksport


CHUKAI: Kerajaan Terengganu bercadang mengeluarkan 12,000 kambing bermutu tinggi daripada baka ‘Boer’ bagi pasaran tempatan dan eksport menjelang tahun depan.

Sehingga Jun 2007, 5,200 kambing daripada baka itu diternak di Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd (LRTSB) dan beberapa ladang lain di negeri ini bagi pasaran tempatan untuk tujuan sembelihan dan baka.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Wilayah negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee, berkata kerajaan negeri memberi tumpuan khusus terhadap ternakan kambing baka itu yang dianggap terbaik dan mampu mencecah nilai RM8,000 seekor.

Beliau berkata, sehingga akhir tahun 2007, kerajaan negeri mensasarkan untuk menghasilkan 7,200 ekor kambing baka yang sama, manakala 12,000 ekor tahun depan sempena Hari Peladang dan Penternak peringkat kebangsaan 2008 yang akan diadakan di negeri ini.

Katanya, bagi mencapai hasrat itu, kerajaan negeri dengan kerjasama Kerajaan Pusat giat melatih usahawan dan penternak muda termasuk siswazah.

"Kerajaan negeri kini sedang berusaha mempertingkatkan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air ke semua ladang ternakan seluruh negeri di samping membaiki sebarang kelemahan yang sedia ada," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Lelongan Ternakan LRTSB di LRT Livestock, Bandar Ceneh Baru, pada Jun 2007.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan Terengganu (JPHT), Dr Azizol Mohd Sharom dan Pengerusi LRTSB, Alias Abdullah.

Kira-kira 1,000 ternakan bernilai hampir RM1.5 juta dilelong membabitkan ternakan LRT Livestock, Perfect Agro Sdn Bhd dari Selangor, JPHT dan orang perseorangan dengan harga lelongan seekor lembu dan kambing bermula RM500, manakala kerbau RM1,800.

Mohd Jidin berkata, usaha mengadakan karnival lelongan dilakukan LRTSB yang turut mendapat kerjasama pelbagai agensi awam dan swasta berjaya membuka era baru pada sektor pertanian dan ternakan di negara ini.

Beliau berkata, karnival terbesar pernah diadakan di negara ini dan pertama kali di negeri ini adalah pendekatan terbaik bagi memasarkan produk ternakan dari seluruh negeri dan ia akan dijadikan program tahunan LRTSB.

Mengenai penyakit kuku dan mulut katanya, kerajaan negeri amat bertegas dengan wabak itu dan JPHT sentiasa menjalankan pemantauan di semua ladang ternakan di seluruh negeri.

"Hingga kini tiada kes dilaporkan dan keluaran daging negeri ini bermutu tinggi serta bebas daripada wabak itu," katanya.

Sementara itu, Pengerusi LRTSB, Alias Abdullah, berkata syarikat peladangan itu kini menternak lembu daripada baka Brahman Cross, Droughtmaster, Yellow Cattle dan KK Cross di ladang seluruh negeri.

Beliau berkata, antara baka kambing yang dipelihara ialah Jamnapari dan Boer Kacukan serta Fullblood, Katjang dan tempatan melalui kaedah kacukan.

"LRTSB juga merancang mengeluarkan sehingga 3,000 lembu, 7,000 kambing dan 1,000 kerbau setahun bagi memenuhi keperluan tempatan selain membekalkan baka terbaik kepada penternak," katanya.

Katanya, sehingga 2010, LRTSB merancang meluaskan kawasan penanaman kelapa sawitnya kepada 50,000 hektar dan kawasan itu juga mampu menternak sehingga 10,000 ekor lembu dan 15,000 kambing setahun.

FAKTA:

Projek ternakan kambing baka boer
12,000 - Sasaran kambing baka Boer menjelang 2008
5,200 - Jumlah sehingga Jun
RM8,000 - Nilai seekor.

Sumber: Berita Harian 24 Jun 2007


[+/-] Read More...

Penternakan Kambing Boer Berpotensi Besar


Perkhidmatan Kertas Kerja Pinjaman dan Percukaian


Industri penternakan kambing dijangka berkembang pesat di Malaysia dengan pertumbuhan pada kadar 6.7% setahun untuk tempoh dari 2006 hingga 2010. Minat pengusaha menternak kambing juga semakin berkembang berikutan dasar kerajaan yang menggalakkan pertumbuhan ternakan kambing ini.Polisi Pengeluaran Kambing Kebangsaan mensasarkan pengeluaran 4.96 juta ekor dengan 1.99 juta untuk penternakan kambing menjelang 2015.

Tiga jenis kambing yang pada masa ini diternak di Malaysia ialah dari jenis baka daging, tenusu dan bulu. Kini, kambing boer semakin menjadi pillihan penternak kerana mutu dagingnya yang tinggi dan mudah untuk diternak. Kambing boer mula berada di negara ini selepas dibawa oleh Mardi pada tahun 2001 dari Afrika Selatan. Kini, banyak kambing boer yang dibawa ke negara ini diimport dari Australia.

Kambing Boer berasal dari Afrika Selatan, tetapi kini mengalami proses kembang biak dengan pesat dan terancang di beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand. Kambing Boer tulen mampu meningkat berat badan sehingga 200 gm sehari dan mampu mencapai berat matang sehingga 130 kilogram. Peratus karkas yang tinggi sehingga mencapai 50 % dari berat hidup menjadikannya sebagai baka kambing pedaging yang terbaik buat masa ini. Selain faktor di atas, kemampuannya menyesuaikan diri dengan cuaca setempat dalam tempoh yang singkat serta kebolehannya dikacukan dengan pelbagai baka kambing betina yang lain telah menjadikan ianya sebagai pilihan untuk dibiak.

Harga RM1,800.00 - RM2,000.00 seekor

Stok yang ada 30 ekor 80% bunting


Mempunyai lebih banyak daging kerana tulangnya lebih nipis berbanding kambing lain. Daging lebih bermutu, tinggi khasiat, rendah kalori, kolesterol dan kaya dengan protein. Kambing boer paling bagus dari segi daging berbanding baka jamnapari anglo nubian, alphine dan beratus ratus baka yang lain. Tahan lasak kepada pelbagai jenis penyakit dan boleh menyesuaikan diri dari sebarang bentuk persekitaran dan cuaca.

[+/-] Read More...

Friday, May 16, 2008

Apa Itu Forex Trading

Forex Trading.

Ianya melibatkan pertukaran wang dunia yang melebihi 2.5 trilion dolar. Peserta-pesertanya terdiri daripada Bank-bank pusat dan komersil, koperasi, institusi pelaburan, amanah saham dan pelabur-pelabur individu seperti anda. Ianya di panggil Perdangangan Mata wang (Forex Trading)

Dalam Perdangangan Mata wang barangan tersebut adalah mata wang itu sendiri dari pelbagai negara (sepertimana juga emas dan perak). Sebagai contoh, anda membeli euro dengan menggunakan US dolar atau anda menjual Japanese Yen untuk Canadian dolar. Inilah asas kepada perdagangan antara mata wang.

“Laverage” adalah kelebihan yang terdapat dalam Pasaran Matawang Forex Trading.

Nisbah pelaburan kepada nilai sebenar dipanggil “laverage”. Menggunakan $ 1,000 untuk membeli satu kontrak Forex dengan nilai $ 100,000 nisbah “laverage” adalah bersamaan dengan nisbah 1: 100. Keseluruhan pelaburan anda yang berisiko tinggi hanya $ 1,000 tetapi apa yang bakal anda dapat jauh lebih besar gandaannya.


Membeli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi! Potensi keuntungan sebenarnya datang dari perubahan harga pasaran pertukaran mata wang. Tidak seperti pasaran saham anda harus membeli saham secara fizikal yang melibatkan broker, untuk Pasaran Forex tidak memerlukan pembelian mata wang secara fizikal tetapi ia hanya melibatkan satu kontrak untuk sejumlah kadar pasangan tukaran mata wang.

Kelebihan Pasaran Forex adalah peningkatan dan penurunan berlaku setiap hari – dalam Pasaran Forex perubahan biasanya berlaku disekitar 1% dan mendapat gandaan 100 kali. “Laverage” atau nisbah ini bergantung kepada Trading platform ianya disekitar 1:50 hingga 1:200. (Ini bermaksud jika anda meletakkan deposit berjumlah $ 1,000 anda dibenarkan untuk berurus niaga sehingga $ 100,000 jika “Laverage” pada nisbah 1:100)

Tapi harus diingat anda perlu mengekalkan sedikit margin bagi membolehkan ia menampung kadar penurunan (rugi) dimana jika sekiranya ia berlaku dengan secara automatik kontrak anda akan terbatal.

Apa itu sale/buy dalam pasaran Forex?

Sale bermaksud anda membeli mata wang yang diniagakan contohnya GBP/USD, GBP anda beli dengan tukaran USD bermakna graf menaik akan membuat keuntungan kepada anda dan sekiranya anda sell GBP/USD ini bermakna anda menjual GBP atau pound dengan tukaran dollar US dan graf yang anda perhatikan adalah menurun maka anda akan membuat keuntungan.

Anda memasuki pasaran dengan nilai $1:$100, berarti sama dengan $1 adalah 0.1 lot, apabila wang anda ada $10 yang anda perdagangkan, setiap kenaikan 20pips bererti anda akan mendapatkan $20 tambahan, tetapi dengan setiap penurunan 20pips anda mengalami kerugian minus -$20, disebabkan modal asas anda hanyalah $10, ini bermakan brokers/agent akan melakukan margin call disebabkan duit anda tidak mencukupi! dengan ertikata lain modal anda hangus karena penurunan pasaran!

Pip dan point bergantung kepada leberage mana yang anda masukkam/setkan ianya bermula daripada 1:1 tingga 1:10000

1 pip memungkinkan bernilai dari 0.01 sen US hingga 1000 USD bergantung kepada kelas dan leverage yang anda pilih sebaiknya pilih dulu akaun micro.

[+/-] Read More...

Thursday, May 08, 2008

buka akaun e-gold anda sila click banner ini


e-gold New Account


Nak buka akaun egaold anda sila click banner di atas...

Apa kebaikan andak membuka akaun ini....sekiranya anda ingin memjalankan trade forex secara kecil-kecilan anda digalakan menggunakan akaun e-gold contohnya Rm100.00 so gunalah internet money seperti e-gold untuk tujuan transaksi.....ianya lebih murah berbanding mengunakan TT..

Jadi kebanyakkan trader FX Forex seperti FX Open, FX DD, Lite Forex, maketiva dan lain-lain menggunakkan perhidmatan internet money seperti e-gold untuk mereka mnghantar atau memasukan modal anda untuk tujuan trading forex...




Secara keseluruhanya e-gold boleh digunakan untuk semua urusan jual beli secara online di seluruh dunia..Di Malaysia terdapat beberapa agensi yang menguruskan pembelian dan penghantaran e-gold kedalam akaun anda....



Di sini adalalah link untuk anda medapatkan e-gold dan ada beberapa website yang seperti ini di seluruh dunia yang membeli dan menjual e-gold kepada anda..

TheGoldShop.biz Buy e-gold INTGold with Cash  Bank Trasfer or Bank Wire



Jadi e-gold boleh digunakan untuk membeli barang dimana-mana laman web yang menerima e-gold, lihat sahaja logo e-gold dan ianya diterima di kebanyakan laman web e-shoping seluruh dunia..

TQ Ok la jumpa lagi di lain post

[+/-] Read More...

Monday, May 05, 2008

Kehebatan dunia forex dan ilmu

Ramai yang telah berkecimpung di dalam dunia forex yang sekarang sedang hangat di perkatakan, kebanyakan masa yang mereka habiskan di dalam pernigaan ini hanya menjadi tanda tanya keran diani forex ini terlalu luas dan mereka hanyut tanpa dikesan. forex trading business tidak sesuai untuk mereka yang baru mengenal atau berkecimpung, dalam ertikata lain mereka masih belum faham dan kenal. Sedangkan ini dalah suatu perniagaan digital yang sangat luas dan satu pernigaan digital dunia sekarang yang sangat menguntungkan.Kini terdapat banyak e-books yang boleh dijadikan panduan dan pelajaran unutk kita mengenal kehebatan dunia forex ini yang sekarang terdapat dimana-mana laman web.


E-book memberi kita pengtahuan asas untuk memulakan perniagaan di dunia forex. Pegetahuan asas untuk pernigaan forex diperlukan untuk membantu dan memahami teknik asas dan menyusun strategi di dalam perniagaan ini. E-books ini meliputihampir kesemua asas dan teknik dalam pernigaan ini. Asas pengurusan kewangan, pasaran tukaran asing , disiplin, analisis kewangan mata wang asing dan bermcam-macam lagi yang berkaitan dengan pasaran forex.Anda akan dapat peraturan , undang-undang dan strategi tentang forex daripada e-book.

Peraturan penjualan dan strategi akan berubah setiap hari yang mana dibuat oleh bank pusat, kerajaan dan bank-bank dunia. Maka semua orang memerlukan e-book ini untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan sebelum berada terlalu lama dalam keadaan tidak tahu segala peraturan dan strategi. Kebanyakan e-book ini di tulis oleh mereka yang telah biasa dan berpengalaman dalam pengurusan tukran asing dan pasaran forex ini.

Maka e-book boleh dikatakan sebagai sumber rujukan kepada para peniaga forex yang baru bermula dalam perniagaan ini kearah penyelesaian yang mudah dalam pengurusan pernigaan forex...maka disini terdapat beberapa seminar dan latihan untuk memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran yang ada..BERILMU BIARLAH DENGAN BERGURU TANPA GURU KITA AKAN SESAT DIJALANAN.

SEKIAN, TERIMA KASIH


[+/-] Read More...