Sunday, December 21, 2008

Ternakan moden ketam nipah

Menurut Pengurus Besarnya, Shukri Ramli, 46, Sama Concept Farming Sdn. Bhd. bertujuan untuk mencari peserta yang berminat bagi menceburi bidang ternakan ketam di dalam bangunan pada kos lebih menjimatkan dan pengurusan yang lebih mudah.

“Sebelum ini orang cuma tahu ketam boleh didapati dengan cara tradisional iaitu tangkapan liar atau ternakan di dalam kolam sahaja.

“Tetapi, kini dengan teknologi terbaru, ketam nipah juga boleh diternak di dalam bangunan dan mempunyai peluang yang tinggi untuk dikomersialkan kerana permintaannya tinggi di pasaran,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, permintaan terhadap ketam nipah di pasaran negara kini kekurangan sebanyak 50 peratus dan terpaksa diimport dari negara jiran seperti Thailand, Vietnam dan Indonesia.

“Permintaan terhadap ketam nipah yang diternak juga setakat ini cuma memenuhi 10 peratus manakala 40 peratus lagi merupakan ketam nipah liar.

“Sebab itu, jika diusahakan, ketam nipah ternakan dalam bangunan pasti mendapat sambutan yang baik di pasaran negara dan kita tidak perlu lagi mengimportnya dari negara luar,” katanya.

Sehubungan itu katanya, untuk merealisasikan perkara tersebut, Sama amat mengalu-alukan orang ramai yang berminat dalam bidang tersebut untuk menjadi peserta dengan menghadiri kursus sehari latihan dan ternakan ketam.

“Peserta juga tidak perlu memikirkan tentang bagaimana untuk memasarkan ketam nipah kerana setelah berjaya mengusahakannya sendiri, Sama akan membeli semula daripada peserta dengan harga RM28 sekilogram.

“Kita juga akan membantu peserta dari segi teknikal dan perkara lain yang berkaitan jika terus berurusan dengan Sama,” katanya sambil menambah Sama Concept Farming Sdn. Bhd. yang terletak di Taman IKS Merdeka, Batu Berendam di sini juga merupakan pusat ternakan ketam secara tertutup yang pertama dan terbesar di Melaka.

Antara perkhidmatan yang disediakan di situ ialah menjalankan kursus dan latihan untuk ternakan ketam serta penternakan akuakultur yang lain.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai kursus, boleh menghubungi pejabat Sama di talian 06-3171155 atau Shukri (017-6628929). Maklumat lanjut juga boleh didapati di laman web ketam2u.com.

Fakta Ternakan Ketam Nipah

Anak ketam 100g boleh membesar sehingga 500g - 600g dalam masa 60 hingga 70 hari.


Modal untuk satu set RM6,000 (tidak termasuk kos operasi).


Kos operasi semusim (60 - 70 hari) ~ RM570 untuk satu set. (Ketam, makanan, elektrik, bahan


kimia, set penyelenggaraan).


Peratusan hidup untuk ketam ~ 93%.


Ketam diberi makan ikan sehari sekali 5% - 10% berdasarkan berat ketam. (Jika berat ketam 100g,


berat makan diperlukan dari 5g - 10g untuk satu hari).


Breakeven ~ 9.2 bulan.


Anak ketam dibeli dengan kos RM7/kg (termasuk dalam kos operasi), dijual semula selepas 60 hari


pada RM28/kg.


Satu orang pekerja sepenuh masa boleh menjaga 10 - 20 set.


Satu set boleh memuatkan hingga 120 ekor ketam.



Maklumat lanjut, digalakkan hadir ke kursus.



HARI / TARIKH TEMPAT KURSUS

AHAD 28 DEC 2008

( 8.30pagi - 5.00ptg )

Kursus Ternakan Ketam (RM280)

Hotel Seri Malaysia Larkin, Johor Bahru

SABTU 27 DEC 2008

( 8.30pagi - 5.00ptg )

Kursus Ternakan Ketam (RM300)

Tempat : Tapak Ternakan Batu Berendam ,Melaka

Teori Dan Praktikal






Keratan Akhbar Berita Harian Joran 04 Julai 2008

[+/-] Read More...