Jelebu ; Kira-kira 100 kilogram (kg) limau kasturi terbuang begitu saja di Kampung Kemin di sini, setiap hari berikutan kegagalan program `Satu Produk Satu Daerah’ yang tidak dapat dipasarkan.
Program itu dimulakan pada 1999 oleh Jabatan Pertanian dengan memperuntukan 1,500 pokok limau kasturi kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Kemin untuk diagihkan 10 pokok bagi setiap rumah
Pada 2001 hingga 2002 sebanyak 1,600 pokok ditambah untuk diagih kepada penduduk kampung dalam program itu yang bertujuan meningkatkan mereka.
Seorang pengusaha limau kasturi, Azman Othman, 48, berkata dia sudah lama menanggung kerugian walaupun 800 pokok limau yang ditanam sejak 1999 lalu sudah mengeluarkan hasil.
Katanya, dia adalah seorang daripada tiga penduduk kampung itu yang mengusahakan tanaman limau kasturi secara besar-besaran.
“Saya menanggung kerugian kira-kira 10 kilogram (kg) sehari kerana gagal menjual limau kasturi yang mengeluarkan hasil sejak dua tahun yang lalu,” katanya ketika ditemui di kebunnya, di Kampung Kemin, semalam.
Limau kasturi yang ditanam itu pada awalnya juga untuk pemprosesan kordial limau kasturi yang diuruskan oleh syarikat Desa Kasturi Enterprise.
Pengurus Desa Kasturi Enterprise, Norrian Mokhtar, berkata kualiti produk yang dihasilkan oleh syarikat itu sentiasa diutamakan dan syarikat itu menghadapi masalah pemasaran untuk memasarkan produk yang dihasilkan.
Katanya, syarikat itu sentiasa mendapat khidmat nasihat daripada Mardi dalam mempertingkatkan mutu pengeluaran dan lain-lain khidmat nasihat untuk memajukan perniagaan itu tetapi agensi kerajaan lain seperti Fama tidak begitu membantu memajukan perniagaan itu.
“Kami membeli kira-kira 100 kilogram limau kasturi dengan RM2 bagi satu kilogram daripada penduduk dan sehingga kini bahan mentah itu tidak pernah ada masalah,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klawang, Jalaluddin Alias, berkata masalah pemasaran limau kasturi yang dihadapi oleh pemilik kebun tanaman itu akan cuba diselesaikan secepat mungkin.
Katanya, masalah memasarkan produk limau kasturi yang sudah diproses menjadi kordial, jeruk limau kasturi, biskut dan makanan ringan mempunyai potensi dipasarkan tetapi agensi kerajaan yang terbabit perlulah membantu mengatasi masalah itu.
“Kebanyakan petani yang mengusahakan tanaman limau kasturi ini berjaya menghasilkan produk tani yang baik tetapi mereka tidak akan mampu menguruskan hal yang berkaitan pengurusan dan pemasaran,” katanya.
Katanya, masalah yang dihadapi itu memerlukan kerjasama semua pihak terutamanya agensi kerajaan yang terbabit.
Note: Salah satu kelemahan yang dihadapai oleh pengusaha melayu adalah pemasaran!! Satu contoh kegagalan yang berlaku akibat terlalu bergantung kepada satu saluran pemasaran sahaja. Kita (dengan teknologi terkini) mampu mengeluarkan produk... tetapi aspek pemasaran ... masih ketinggalan... marilah kita gabungkan network kita untuk mengatasi masalah ini."
[+/-] Read More...
[+/-] Summary only...
Oleh RAHANA MOHD. DAHARI
Utusan Malaysia, 9 Jun 2008
JELI 8 Jun - Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM500 juta pada akhir bulan ini untuk membantu golongan petani, penternak dan nelayan ekoran kenaikan pelbagai kos termasuk bahan bakar.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, bantuan berupa insentif tunai itu akan di agihkan kepada golongan tersebut selepas mereka mendaftar dengan Jabatan Pertanian di daerah masing-masing.
Beliau berkata, bantuan tersebut merupakan langkah meringankan beban rakyat terutama golongan rendah dan pertengahan berikutan kenaikan pelbagai kos sara hidup termasuk pertanian sejak kebelakangan ini.
"Kerajaan memahami kenaikan input pertanian yang membebankan golongan petani, penternak dan nelayan, lantaran itu kita telah membuat keputusan dan bersetuju menampung sebahagian kenaikan kos pengeluaran tersebut.
"Insentif dalam bentuk tunai tersebut akan mula diagihkan apabila peruntukan sebanyak RM500 juta diterima pada akhir bulan ini kepada golongan berkenaan yang mendaftar dengan Jabatan Pertanian," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Pusat Urusan Sehenti Perkhidmatan dan Informasi Agro Tani (Puspa Tani) Parlimen Jeli dan Hari Terbuka bersama Pakar Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM) di Kompleks Rehat & Rawat Jeli di sini hari ini.
Turut serta Pengarah Pertanian Negeri, Maliha Ghazali, Naib Canselor UPM, Profesor Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah dan Pengarah Pusat Pengembangan Keusahawanan dan Kemajuan Profesional UPM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Dr. Azimi Hamzah.
Mustapa berkata, melalui bantuan tersebut, kerajaan akan menampung 20 hingga 30 peratus daripada kos pengeluaran terutama di kalangan pengusaha tanaman, penternakan dan akuakultur.
Katanya, bantuan tersebut adalah galakan kepada golongan tersebut supaya meneruskan aktiviti pertanian dan membantu usaha kerajaan untuk menambah pengeluaran makanan negara.
[+/-] Read More...
[+/-] Summary only...
ARKIB Utusan Malaysia : 17/07/2008

TEMERLOH Penduduk Kampung Kemuning, Lanchang dekat ini mendakwa tanah perkuburan lama seluas kira-kira enam hektar di kampung itu diluluskan untuk dimajukan dengan projek pertanian.Ketua UMNO Cawangan Teris, Ahmad Budir Nipah, 35, yang mewakili penduduk mendakwa bahawa Pejabat Tanah Daerah Temerloh telah memberikan kelulusan tanah lesen pendudukan sementara (TOL) seluas 50 ekar termasuk tanah perkuburan berkenaan kepada individu tertentu bagi mengusahakan projek pertanian terbabit.
"Kita berasa kesal walaupun cawangan UMNO Teris sudah membantah perkara ini tetapi berlaku juga penerokaan, jadi apa guna suara akar umbi kalau tidak dipedulikan oleh pemimpin dan kerajaan," katanya di sini semalam.
Beliau mendakwa pernah membuat bantahan pada dua tahun lepas kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Lanchang, Datuk Sharkar Shamsuddin agar kawasan berkenaan tidak dimajukan, namun tiada sebarang tindakan diambil.
Ahmad Budir mahu Pejabat Tanah Daerah Temerloh membatalkan kelulusan TOL itu dan kerajaan negeri memulihara kawasan tanah perkuburan itu yang menurutnya turut menjadi tempat persemadian pejuang yang menentang penjajah di Pahang yang dikenali sebagai Tok Uban.
- Bernama -
[+/-] Read More...
[+/-] Summary only...