Friday, May 16, 2008

Apa Itu Forex Trading

Forex Trading.

Ianya melibatkan pertukaran wang dunia yang melebihi 2.5 trilion dolar. Peserta-pesertanya terdiri daripada Bank-bank pusat dan komersil, koperasi, institusi pelaburan, amanah saham dan pelabur-pelabur individu seperti anda. Ianya di panggil Perdangangan Mata wang (Forex Trading)

Dalam Perdangangan Mata wang barangan tersebut adalah mata wang itu sendiri dari pelbagai negara (sepertimana juga emas dan perak). Sebagai contoh, anda membeli euro dengan menggunakan US dolar atau anda menjual Japanese Yen untuk Canadian dolar. Inilah asas kepada perdagangan antara mata wang.

“Laverage” adalah kelebihan yang terdapat dalam Pasaran Matawang Forex Trading.

Nisbah pelaburan kepada nilai sebenar dipanggil “laverage”. Menggunakan $ 1,000 untuk membeli satu kontrak Forex dengan nilai $ 100,000 nisbah “laverage” adalah bersamaan dengan nisbah 1: 100. Keseluruhan pelaburan anda yang berisiko tinggi hanya $ 1,000 tetapi apa yang bakal anda dapat jauh lebih besar gandaannya.


Membeli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi! Potensi keuntungan sebenarnya datang dari perubahan harga pasaran pertukaran mata wang. Tidak seperti pasaran saham anda harus membeli saham secara fizikal yang melibatkan broker, untuk Pasaran Forex tidak memerlukan pembelian mata wang secara fizikal tetapi ia hanya melibatkan satu kontrak untuk sejumlah kadar pasangan tukaran mata wang.

Kelebihan Pasaran Forex adalah peningkatan dan penurunan berlaku setiap hari – dalam Pasaran Forex perubahan biasanya berlaku disekitar 1% dan mendapat gandaan 100 kali. “Laverage” atau nisbah ini bergantung kepada Trading platform ianya disekitar 1:50 hingga 1:200. (Ini bermaksud jika anda meletakkan deposit berjumlah $ 1,000 anda dibenarkan untuk berurus niaga sehingga $ 100,000 jika “Laverage” pada nisbah 1:100)

Tapi harus diingat anda perlu mengekalkan sedikit margin bagi membolehkan ia menampung kadar penurunan (rugi) dimana jika sekiranya ia berlaku dengan secara automatik kontrak anda akan terbatal.

Apa itu sale/buy dalam pasaran Forex?

Sale bermaksud anda membeli mata wang yang diniagakan contohnya GBP/USD, GBP anda beli dengan tukaran USD bermakna graf menaik akan membuat keuntungan kepada anda dan sekiranya anda sell GBP/USD ini bermakna anda menjual GBP atau pound dengan tukaran dollar US dan graf yang anda perhatikan adalah menurun maka anda akan membuat keuntungan.

Anda memasuki pasaran dengan nilai $1:$100, berarti sama dengan $1 adalah 0.1 lot, apabila wang anda ada $10 yang anda perdagangkan, setiap kenaikan 20pips bererti anda akan mendapatkan $20 tambahan, tetapi dengan setiap penurunan 20pips anda mengalami kerugian minus -$20, disebabkan modal asas anda hanyalah $10, ini bermakan brokers/agent akan melakukan margin call disebabkan duit anda tidak mencukupi! dengan ertikata lain modal anda hangus karena penurunan pasaran!

Pip dan point bergantung kepada leberage mana yang anda masukkam/setkan ianya bermula daripada 1:1 tingga 1:10000

1 pip memungkinkan bernilai dari 0.01 sen US hingga 1000 USD bergantung kepada kelas dan leverage yang anda pilih sebaiknya pilih dulu akaun micro.

0 comments: