Monday, July 28, 2008

Kenali Kambing Boer

Industri penternakan kambing dijangka berkembang pesat di Malaysia dengan pertumbuhan pada kadar 6.7% setahun untuk tempoh dari 2006 hingga 2010. Minat pengusaha menternak kambing juga semakin berkembang berikutan dasar kerajaan yang menggalakkan pertumbuhan ternakan kambing ini.

Tiga jenis kambing yang pada masa ini diternak di Malaysia ialah dari jenis baka daging, tenusu dan bulu. Kini, kambing boer semakin menjadi pillihan penternak kerana mutu dagingnya yang tinggi dan mudah untuk diternak. Kambing boer mula berada di negara ini selepas dibawa oleh Mardi pada tahun 2001 dari Afrika Selatan. Kini, banyak kambing boer yang dibawa ke negara ini diimport dari Australia.

Ciri ciri kambing boer:

Subur dan mudah membiak sepanjang tahun Mempunyai lebih banyak daging kerana tulangnya lebih nipis berbanding kambing lain Daging lebih bermutu, tinggi khasiat, rendah kalori, kolesterol dan kaya dengan protein Kambing boer paling bagus dari segi daging berbanding baka jamnapari anglo nubian, alphine dan beratus ratus baka yang lain.Tahan lasak kepada pelbagai jenis penyakit dan boleh menyesuaikan diri dari sebarang bentuk persekitaran dan cuaca

Daging kambing boer bukan sahaja lebih enak dan bermutu, malah dicadangkan oleh American Heart of Association untuk mereka yang menghadapi masalah berkaitan jantung. Pada masa ini, pengeluaran kambing di negara ini adalah pada kadar 8% dan masih mempunyai ruang dan potensi yang besar untuk berkembang.


TERMA ANTARA FULL BLOOD , PURE BLOOD , KACUKAN
Ramai penternak yang baru berjinak-jinak dengan penternakan kambing masih tidak dapat membezakan dua terma yang sering disebut-sebut : Fullblood dan Purebred. Perkara ini sangat penting dan perlu dijelaskan supaya penternak baru tidak mudah ditipu ketika membeli dan memilih kambing.

Full-Blood : Merujuk kepada haiwan yang 100% baka tulen tanpa ada kacukan dengan baka lain. Ini boleh dibuktikan dengan sijil kelahiran/pedigree daripada badan-badan/institusi yang diiktiraf. Ciri-ciri fizikal juga dapat digunakan untuk memastikan samada kambing yang dipilih adalah benar-benar ‘full-blood’.

Pure-Bred : Merujuk kepada haiwan yang mempunyai lebih 85% darah dari baka tulen. Masih mengekalkan kebanyakan ciri-ciri fizikal dari baka tulen. Amat sukar untuk membezakan antara baka ‘full-blood’ dan ‘pure-bred’ tetapi ciri-ciri seperti warna bulu, lengkungan tanduk dan telinga boleh digunakan untuk membezakannya .

Kacukan : Kedua-dua ciri dari induk jantan dan betina berlainan baka dapat dilihat pada anak yang lahir.

Terima kasih saya kepada http://ladangkambingkami.blogspot.com/ untuk infomasi ini

0 comments: