Monday, July 14, 2008

Tanaman Rumput Napier kini berbaloi



KUALA KANGSAR
2 Julai 2007
Keberanian seorang bekas ketua kampung, Mustafa Ahmad, 41, memajukan tanah terbiar seluas 4.5 hektar dengan tanaman rumput jenis Napier Taiwan kini mula berbaloi dan membuahkan hasil lumayan dengan pendapatan mencecah
RM12,000 sebulan.

Walaupun tanah yang terletak di 'pulau jadian' di Sungai Perak di Kampung Senawar itu mengandungi 80 peratus pasir, tetapi ia tidak menghalang hasrat menebal usahawan ini untuk menjadikannya sebagai sebuah ladang yang subur.

Menurut Mustafa yang juga bekas Kontraktor Kelas F, rumput Napier Taiwan yang diusahakan sejak empat tahun lalu itu menunjukkan hasil memberangsangkan kerana tumbuhan itu cepat membesar dan boleh dituai dalam masa 30 hingga 40 hari sahaja.

Dengan menggunakan teknologi Thailand serta baja berprotein tinggi, beliau berjaya menghasilkan rumput Napier yang mempunyai daun selebar 2.5 sentimeter walaupun saiz biasa cuma 1.5 sentimeter.

Harga Jualan :-
  • Batang = RM1.60/kg
  • Daun = RM0.10/kg
Selain daripada itu, beliau juga ada memproses dan menjual makanan berbentuk pellet yang terdiri daripada bahan campuran Napier Taiwan, sagu rumbia, hampas kacang soya, gula merah, garam galian, 20 jenis rumput tempatan, starbio, protein ikan dan beberapa campuran lain.

''Daripada kajian yang saya lakukan palet ini mampu mencegah penyakit kerana mempunyai daya tahan berprotein asli," ujarnya yang mendapat bantuan kewangan sebanyak RM131,000 daripada Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana bagi membina kilang tersebut di Talang.

Katanya, dengan menggunakan mesin yang diimport dari China, kilangnya itu nanti mampu menghasilkan palet bermutu tinggi dengan harga 35 sen sekilogram berbanding dengan palet lain berharga 55 sen.

Penternak yang ingin mendapatkan bekalan rumput Napier dan pallet tersebuit bolehlah menghubungi Sdr Mustafa Ali di talian 012-5049000.


0 comments: